Home » » Cara Menanam Ulam Raja

Cara Menanam Ulam Raja

Written By Unknown on Senin, 16 April 2012 | 09.48

PENGENALAN
Ulam raja terkenal di kalangan orang-orang Melayu. Pucuknya yang muda sangat berkhasiat untuk dibuat ulam atau kerabu. Ia boleh ditanam di kawasan rumah sebagai pokok perhiasan kerana mempunyai bunga yang menarik.



TANAH
Ia sesuai ditanam di tanah gembur yang mengandungi banyak bahan organan.


PENANAMAN
*Semai biji benih dalam kotak / tapak semaian yang mengandungi tanah subur.
*Apabila tingginya 10-15 cm, pilih pokok yang sihat dan ubah ke tempat yang disediakan.
Tanam dengan jarak lebih kurang 30 cm x 30 cm atau 30 cm x 45 cm.
*Siram pokok 2 kali sehari terutama ketika masih kecil.
*Bubuh baja tahi ayam / tahi lembu reput sebanyak 2-3 tin susu sepokok.
Baja kimia seperti baja sebatian NPK 15:15:15* boleh digunakan jika perlu.


PERHATIAN
*Ulam raja boleh didapati di pasar (di gerai orang Melayu) dengan harga 50 sen- RM1.00 seikat / secekak.
*Apabila pokoknya telah tua eloklah ditanam semula.
*Ia juga boleh ditanam untuk mengawal pertumbuhan lalang.
*Pokok ulam raja yang sering dijadikan ulam-ulaman dalam hidangan.
Tumbuhan ini juga sangat dikenali sebagai tumbuhan herba yang berkhasiat.
Ia sering ditanam di halaman rumah dan sangat sesuai dijadikan tanaman hiasan.
Pokok ulam raja tersebar melalui hembusan angin. Benih-benih dan sekuntum bunganya tersebar apabila dihembus angin. Pokok ulam raja tumbuh menegak, batangnya kehijauan, lembut dan senang dipatahkan, daunnya bergerigi, lembut dan kecil. Ulam raja tidak sesuai ditanam di tanah lembab atau tempat takungan air. Ia sesuai di kawasan lapang dan terbiar.

0 komentar:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Posting Komentar

 
Copyright © 2011. Jaka Lupa.com . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template modify by Creating Website